Upin dan Ipin mendengar cerita suka-duka pengalaman Ehsan dan Fizi pergi ke pasar malam. Satu kelas pun jadi ingin pergi ke pasar malam. Sekembali ke rumah, Upin dan Ipin mengingatkan Opah tentang pasar malam malam ini, tetapi malangnya Opah tidak dapat pergi kerana Kak Ros demam. Upin dan Ipin merasa kasihan terhadap kakak mereka jadi mereka bersedia menunda kunjungan ke pasar malam.